Showing posts with label tanka. Show all posts
Showing posts with label tanka. Show all posts

Thursday, December 25, 2008

ANNIVERSARY

Hari yang panjang buat erisya. Jam 10 pagi keluar bersama bakal adik ipar untuk memilih cincin pertunangan. Kelakar lihat gelagat pekerja emas tuh. Sebut jer nak survey di kedai lain, kelam-kabut menekan2 calculator untuk turunkan harga. Rasa-rasanya lima enam kali lah mereka menekan2 calculator baru erisya setuju dengan harga yang diberikan. Hmmm kalau awal2 lagi dah beri diskaun, taklah penat tekan calculator! Seperti biasa, erisya selaku peneman mencuba2 menggayakan cincin terbaru. Tiada niat nak beli....saja jer gatal jari. Tanpa diduga, suami suruh beli sempena ulangtahun perkahwinan kami. Eh? Erisya terlupa 23hb adalah anniversari kami. Errr ...Betul ka nak beli? Rasa tak percaya lak....Oleh kerana mood suami tengah baik, erisya pun memilih sebentuk cincin serta gelang yang sepadan. Hmm..bukan senang nak dapat peluang begini! Alhamdulillah...moga bertambah murahlah rezeki suami! Erisya? Hmmm...seperti biasa tak beli hadiah ulangtahun buat suami....entahlah...masa mula kawin dulu, rajin gak belikan hadiah untuk suami....tapi semakin lama malas lak nak beri hadiah. Sebab tu erisya pun taklah kisah sangat jika suami tak belikan hadiah. Hmm...betul ka suami kata erisya ni tak romantik?

Pulang dari Nilai Square...kami bergegas ke rumah kakak pula. Ada majlis solat hajat , baca yasin dan tahlil. Merdu betul suara ustaz yang mengimami kami. Sejuk hati mendengar surah ar-Rahman dialunkan (my favourite surah). Sebelum solat hajat, sempat ustaz bercerita tentang solat hajat serta kaifiat2nya. Rokaat pertama baca ayatul Qursi 7 kali. Rokaat kedua pula baca s. al Ikhlas 7 kali, al Falaq 1 kali dan an Nas satu kali. Kaifiatnya untuk melindungi diri dari ilmu sihir dsbnya. Menjaga perhubungan agar aman tanpa gangguan. InsyaAllah erisya dan suami berazam nak amalkannya secara istiqamah....tak payah lah tunggu anniversari baru nak buat! Semoga rumah tangga kami aman damai....biarlah erisya menjadi isteri idaman suami dan... tak perlu wanita lain di sisi!

Selesai solat hajat, kami membaca yasin dan tahlilan. Entah naper sedang asyik bertahlil.....tiba2 rindu pada Aqil membuak-buak !


Hilang mentari
Di balik rinai hujan
Lena tidurmu
Hembusan doa bonda
Hingga ke langit tujuh

Sunday, October 19, 2008

RINDU

Jam 11.30 malam. Baru pulang dari bertandang ke rumah teman baik , D di Subang Jaya. Kami ke sana dengan dua buah kereta iaitu konvoi dengan A sekeluarga. Tak sangka, pertemuan kami lima tahun lalu masih berkekalan hingan harini. Syukur, kami dikurniakan teman hidup yang memahami erti persahabatan.

Perjalanan ke sana, agak meriah kerana 4 orang anak A naik kereta erisya. Seronok melayani keletah mereka(usia 3 thn - 7 tahun). Terasa pula betapa sunyinya kereta kami selama ini. Sebetulnya, sejak di PP lagi, tiap kali dijemput, erisya turun ke KL menziarahi kedua-dua teman baik erisya ni. Cuma...sejak pemergian anak bongsu tiga tahun lalu, erisya tidak pernah beraya ke rumah A. Syukurlah A tak kecil hati...dia memahami perasaan erisya yang masih belum boleh melihat anak bongsunya, Hakim kerana seusia dengan anak bongsu erisya. Erisya takut tak dapat menahan kesedihan dan kerinduan. Inilah kali pertama erisya melihat wajah Hakim.

Sepanjang perjalanan Hakim dan kakaknya duduk di atas riba erisya. Sepanjang perjalanan juga erisya teringatkan si bongsu. Semasa mengelus rambut Hakim, erisya teringat bagaimana erisya mengusap ubun kepala Aqil ketika nazak dulu. Semasa tangan erisya memeluk erat tubuh Hakim, fikiran erisya memutar kembali bagaimana eratnya erisya mendakap tubuh kaku Aqil dalam perjalanan dari rumah mayat ke rumah dulu.

Tiba-tiba erisya rasa sangat rindu...rindu yang teramat-amat pada si bongsu, Aqil.

Hilang mentari

Di balik rinai hujan

Lena tidurmu

Dihembus doa bonda

Hingga ke langit tujuh



Wednesday, October 15, 2008

PURNAMA


Bulan purnama
Sejengkal di kepala
Bias cahaya
Terang titian rindu
Di antara benua
Ramai ingin menjadi mentari yang menerangi harimu,
tapi kuingin menjadi purnama yang menyinari kegelapan malammu..

Tuesday, October 14, 2008


Musim berganti
Bunga mekar kembali
bertemu lagi
hanya mata bicara
ungkap segala rasa
Sebagai memenuhi permintaan kak sakura, erisya nak bercerita tentang bunga 012345 pula. Kisahnya berbeza dengan erisya. seorang teman baik telah memperkenalkan C kepada erisya manakala bunga 012345 berkenalan dengan uvwxyz tanpa melalui orang tengah. Secara kebetulan mereka bertemu ketika menguruskan satu jamuan. Dipendekkan cerita (erisya skip part mereka berduet sambil menari keliling pokok!), uvwxyz mula mengajar bunga 012345 menjadi tarzan sejak pandang pertama. Tiap kali erisya telefon, pastilah mereka berdua sedang bergayut!


Tidak seperti C, uvwxyz fasih berbahasa melayu. Malah pandai beri 'ceramah agama' pada erisya (telah lama memeluk agama Islam). Kalau dengar uvwxyz berceramah, tak sedar 4 jam telah berlalu! Sejauh mana, perhubungan mereka berdua, terpulanglah kepada jodoh. Namun yang pasti, nada deringan bunga 012345 telah bertukar dari lagu Hindi 'Mohabbatein' kepada lagu mandarin!

p/s: Saranan erisya buat bunga 012345, berilah pantun ini buat si dia

I give you my heart

You give me your hand

You break my heart

I 'll break your hand



Sunday, October 12, 2008


Rembesan air
Sejuk membasah pipi
Sendiri lagi
Tunduk merapat dahi
Basuh luka di hati
foto: SomeGuyinSimi on flickr

Tuesday, October 7, 2008

PESANAN


di malam sepi

berkumandang al Quran

merdu suara

menyentuh perasaan

mengalun pesan Tuhan

Thursday, September 25, 2008

TERIMA KASIH


Terima kasih kak sakura di atas kad yang indah ini.

pohonan hijau
membayangi mentari
hangat dakapan
kasih utuh merimbun
bawah payungan Tuhan


Wednesday, September 24, 2008

LENA



JANGAN MELIHAT DOSAMU
YANG KECIL, TETAPI
LIHATLAH KEPADA SIAPA
ENGKAU BERBUAT DOSA
(Bilal bin Sa'ad)




desiran bayu
memecah sunyi malam
hati bergetar
hembusan hidayah -Mu
kejut lena yang panjang

Tuesday, September 23, 2008

TAUBAT


PERTIGA MALAM
KOKOK AYAM BERTALU
TERKEJUT JAGA
MULUT BASAH BERTASBIH
MENANTI SUBUH TIBA


Rasulullah saw pernah bersabda kepada Aishah ra, Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya."


( HR Bukhari, Muslim dan Ahmad).






"Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."




(S. Az-Zumar:53)


foto: photo passion on Flickr

Monday, September 22, 2008

LAILATUL QADAR

MALAM YANG GANJIL
TURUN HUJAN GERIMIS
TERANGI RUMAH
SAMBUT TETAMU LANGIT
BAWA SERIBU RAHMAT


Sepuluh malam yang akhir menjadi rebutan para mukmin. Mega pahala ditawarkan kepada orang yang beramal. Setiap kali bulan ramadhan, erisya akan teringat dengan seorang nenek yang tinggal di KL ini.Walau sudah lama berlalu namun erisya takkan melupakan kisah ini. Nenek ini seorang yang kuat beramal. Pendekata amalan sunat dah menjadi kewajibannya. Suatu pagi, jirannya seorang lelaki beragama Hindu bertanya, "semalam siapa datang rumah aci?" Nenek tu jawab tiada tetamu. Jiran tersebut tak puas hati," malam tadi saya nampak rumah aci banyak terang. Ada ramai orang pakai baju putih dalam rumah". nenek itu hanya tersenyum; dia sibuk bertahajud malam tadi, tak mungkin dia melayani tetamu yang bertandang!

Sunday, September 21, 2008

JALAN PULANG


RIANG BERKICAU
TERBANG MENUJU AWAN
DI BALIK KACA
MATA SAYUP MEMANDANG
INGIN PULANG BERSAMA


FOTO:Nesher Guy on Flickr




Petang ini, sahabat baik erisya akan pulang ke PP. Flight pukul 4.30 ptg. Erisya tak dapat menghantarnya kerana malam ini, harus ke KLIA untuk menghantar anak saudara yang akan pulang ke Tokyo pula.


Setiap kali sahabat baik erisya meninggalkan KL, erisya sedih. 15 tahun kami bersahabat. Susah senang kami bersama. Tawa tangis kongsi berdua. Meskipun telah berkeluarga, persahabatan kami tetap utuh. Masih teguh walau dihambat jarak dan masa.

Saturday, September 20, 2008

DAP



BURUNG DI DAHAN

TIDAK LAGI SENDIRI

BERLAGU RIANG

SENADA SEIRAMA

NIKMATI SISA CINTA




FOTO:Essjay in NZ on Flickr



Buat teman Erisya yang sedang Di Alam Percintaan (DAP)

BULAN


MALAM YANG PANJANG

BULAN TERSENYUM INDAH

MENDAKAP ERAT

SEAKAN TAK LEPASKAN

DAKU DARI KENANGAN



FOTO: KAREN FROM MICHIGAN on Flickr

Thursday, September 18, 2008

JANJI


DERUAN AIR
MEMECAH SEPI ALAM
MEMBISIK KATA
KASIH TAK MUNGKIN HILANG
MESKI BANYAK MENGHALANG
Foto diambil di Air Itam Dam, Pulau Pinang. Air ini masih bersih kerana belum tercemar oleh aktiviti manusia. Erisya minum air sungai tersebut, rasanya agak pahit seperti air rebusan akar kayu yang sangat cair. Memang menyegarkan! Bagaimanapun, erisya tidak mandi di sini walau kesejukan air begitu kuat menggoda kerana pihak PBA TIDAK membenarkan camping ataupun mandi di sini.

MEMORI


Ini adalah pemandangan di Okinawa Prefectural Peace Memorial Museum. Salah satu tempat yang paling erisya suka di Okinawa. Namun, erisya gagal menyimpan keindahan tempat ini dalam foto, maklum bukan jurukamera professional. Sesungguhnya tempat ini sangat indah, seindah kenangan erisya di sana.

LAUT MEMBIRU
BAYU MENYENTUH PIPI
SAMA BERJANJI
KAN TERPAHAT MEMORI
UTUH DI SANUBARI

Monday, September 15, 2008

GIRANG ANAKKU


CERAH CUACA
MENDUNG BERLALU PERGI
ATAS BUAIAN
TAWA GIRANG BERAYUN
BERSAMA AYAHBONDA



Sunday, September 14, 2008

SEDIH ANAKKU

DI BALIK TIANG
TANGAN ERAT MEMEGANG
SENDU DI WAJAH
MATA MERENUNG SAYU
INGIN MENGIKUT IBU

Thursday, September 11, 2008

RINDU KAMPUNG



BELALANG PATUNG
KUMPUL DEBUNGA JAGUNG
SERAK KENANGAN
RINDU LALU MENUMBUH
JAUH DI KAMPUNG LAMAN




Semasa erisya nak mengambil foto buah tomato, tiba-tiba seekor belalang patung (cakcibor) hinggap di bunga jagung. Rasanya dah bertahun-tahun erisya tidak melihat belalang patung. Semasa kecil, erisya selalu melihat belalang patung menari-nari atas permukaan air ketika mandi di sungai bersama kawan-kawan. Sekarang sungai pun dah tercemar oleh bahan buangan dari kilang getah di kampung erisya. Tiada lagi riuh ketawa anak-anak memanjat pokok untuk menjebur ke dalam air. Kesian anak cucu erisya kerana tiada kenangan seumpama itu. Ada tidak pun terpaksalah main air di KLCC ajer!

RINDU


CINCIN PERMATA
KILAU DI JARI MANIS
PERANGKAP HATI
DALAM PENJARA RINDU
TATKALA MENYENDIRI
(FOTO: Robbystyle on Flickr)

AMANAH

AYAM BERKOKOK
MENYAMBUT FAJAR TIBA
TERHENTI MIMPI
DALAM PAYAH BERDIRI
TUNAI AMANAH DIRI