Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts

Friday, February 13, 2009

THANK YOU UNCLE AND LEE












The valentine gifts from Lee.......ehem! always my valentine *wink*



Orchids from uncle Mountdweller


Thank you for the gift,

but most importantly,

thank you for the gift of knowing you.


Akhirnya erisya selamat tiba ke KL......selepas 3 hari berada di PP...tempat di mana sebahagian hati erisya bersemadi. Seronok juga bertemu dengan pelanggan2 lama....paling mengujakan ASP tuh tanya , " puan dah hajah ka? nampak berseri-seri!" mudah2an masinlah mulutnya...dapat menjadi tamu agung di Mekah!
Semasa berada di Penang, sempat terima panggilan telefon Lin ....juga berSMSan ngan 'jurnalis dari Sabah Times'.....fuh! rasa macam artis ngetop! banyak ditanya soklan maut! seronok buat seseorang tuh panasaran huhuhuhu ...bukan apa....sesekali kenalah memistrikan diri...nanti orang ilang minat lak ;)
Selasa nanti sekali kali erisya akan pergi ke PP....adusss penat kemaren pun blom ilang lagi! Sehingga bulan mac nanti erisya kena berulang-alik ke PP. Nampaknya perancangan ke Bandung/Jakarta tergendala lagi. Ntahlah ...banyak betul aral nak ke sana....agaknya kena bawa LOL sama kot *wink*
Dalam perjalanan pulang erisya teringat kepada seseorang:
Terima kasih purnama
dari kejauhan
kau sinari gelap malam
jalanku yang berliku

Sunday, January 11, 2009

SAHABAT


friendship to all

Ribuan terima kasih sir nik di atas pemberian lencana sahabat ini. Sesuatu yang tidak terduga. Tak sangka boleh mendapat ramai kenalan melalui blogging ni. Asalnya erisya cuma mengenali kak sakura dan PK @ popadam jer....tapi sekarang dah bertambah ramai dalam senarai! Dari pelbagai bidang dan cabang. Terima kasih semua! Banyak yang erisya belajar bila membaca blog2 kalian :)

Lencana ini juga erisya anugerahkan kepada sesiapa yang menganggap erisya ini sebagai SAHABAT. Erisya serahkan PILIHAN ini kepada semua kengkawan yang melawat blog erisya ini....adakah erisya salah seorang sahabat? Jika ya, paparkanlah lencana ni di blog anda :)

Terima kasih

Persahabatan mengingatkan satu lagi drama korea...iaitu Love Letters. Entah kenapa, erisya suka nonton kisah percintaan yang berasal dari persahabatan. Dan persahabatan diteruskan meskipun tiada lagi rasa cinta (...biasanya tali persahabatan terbakar oleh bara cinta).

Love Letters bermula dengan kisah anak yatim yang didera oleh ibu sedaranya...sejak ayah dan ibu meninggal dunia dalam kemalangan. Out of blue bapa sedara sebelah ibunya yang juga seorang padri datang menyelamatkannya....sejak itu tertanam hasrat untuk menjadi seorang padri. Bila dewasa...ternyata ibu kandungnya masih hidup! Ikut budaya sana (juga Jepun)...nasab amat penting. Bila si ibu berkahwin lagi, maka putuslah hubungan dengan anak bersama suami pertama....yang harus dijaga oleh keluarga suami pertama.

Konflik jiwa berlaku dugaan bertimpa2 menguji kesucian hatinya untuk menjadi padri. Tegakah melihat kekasih hati berkahwin dengan kawan baik? Bolehkah memaafkan ibu kandung yang meninggalkannya berkali2 di saat memerlukan? Lebih menjaga anak tiri dan suami baru? Mampukah memaafkan pembunuh ayah kandungnya....yang juga sahabat baik ayah? Untuk menjadi padri...hatinya harus ikhlas memaafkan! [Bukan mudah menjadi insan kamil....hatta anak solehah sekalipun. Kemaafan bukan datang dari fikiran rasional semata-mata...ianya datang dari hati nurani....hanya dari situlah hadirnya keikhlasan. Dan sudah semestinya hanya hati yang dipenuhi nur iman sahaja yang boleh berbuat demikian. Mudah untuk menuturkan kemaafan....tapi hanya Allah yang tahu apa yang tersemat di dalam hati. Lebih mudah memafkan musuh yang menzalimi tapi lebih lebih sukar memaafkan insan yang seharusnya menjadi tunggak harapan. Benarlah kata orang, adakalanya anak yatim lebih bertuah....apa yang dialami mereka adalah kecil berbanding balasan kepada anak durhaka...]

Erisya suka lihat suasana rumah anak yatim di church dalam drama tuh. Juga suka melihat hero yang tampan dalam jubah hitamnya....hmmm tingat lak kat seorang brother mata biru yang mengajar bahasa inggeris dalam kelas dulu...hensem! Rata-rata sisters dan brothers (ketika tingkatan 6) berasal dari negara eropah. Kebanyakannya dari Peranchis. Seronok berbual dengan mereka...sumer tak mahu pulang ke negara asal lagi. Bila nonton drama Love Letters tuh, barulah erisya sedar betapa sukarnya nak menjadi seorang padri. Banyak pengorbanan harus dilakukan. Si hero hampir buang cita2nya untuk mengahwini gadis yang paling dicintai...namun akhirnya dia akur...cinta sejati telah menemukannya dengan cinta abadi! Di akhir cerita mereka masih bersama tapi dalam perhubungan yang lebih suci dari percintaan iaitu....PERSAHABATAN!

Ketika air mata hero menitis semasa upacara perasmian menjadi padri....erisya teringat air mata yang sama ketika pertama kali bersolat jemaah...air mata gembira yang penuh syahdu. Akhirnya erisya temui diri sendiri yang telah lama hilang...

p/s: nagai aida song is specially dedicated to Dr Y...moga masih memahami nihon go ;) atau lagu di atas tuh lebih sesuai huhuhu

Monday, December 22, 2008

HADIAH




Harini erisya dapat hadiah dari rakan sekerja. Bukan hadiah hari lahir ...dia tak tahupun bulan ni erisya sambut hari lahir. Juga bukan hadiah krismas. Hadiah anniversary pun bukan (oops! tu suami jer yang boleh beri!). Ianya adalah hadiah perpisahan. Hujung tahun ni dia mula cuti belajar selama dua tahun. Sepulangnya ke ofis nanti, mungkin erisya tiada lagi di sini. Hmmm....sedih gakkkk
Terima kasih Min...buku yang amat berguna!
Ok, seperti yang dipinta oleh Lots of Love, (mukasurat pun, masih banyak yang kosong!) Erisya ingin citer kejadian menarik ketika erisya di Jepun dulu.


Kisah 1
Walau ada bas yang bawa erisya berulang-alik dari hotel ke lab; namun kekadang erisya pulang ke hostel naik teksi jer (biasanya RM60 ....lebih kurang 40 min perjalanan). Entah apa malang, suatu hari pemandu teksi yang membawa erisya tak tahu cari alamat hostel (padahal dah beri kad alamat!). Jenuh kami berbincang......macam ayam ngan itik..namun tak jumpa juga jalan. Tetiba, pemandu teksi tu matikan meternya yang sedang bergerak pantas! Dia tak mahu caj perjalanan yang sesat! (kalau kat sini pemandu teksi sengaja cari jalan jauh sebab nak caj lebih huhuhu)

Kisah 2
Erisya tingin nak ke Shikinaen. Sumer kengkawan dah pergi. Akhirnya erisya nekad nak pergi sendirian...alah bukannya jauh sangat. Erisya keluarkan peta dan tunjuk kepada pemandu nama tempat yang ingin erisya pergi. Entah kenapa bila erisya nak masukkan duit, pemandu tu beri isyarat suruh erisya duduk. Ooooo patutlah, bas dah nak bergerak rupanya. Erisya pun duduk di bangku hadapan sekali. Sebaik ajer bas berhenti, erisya bingkas bangun nak masukkan duit. Pemandu tu geleng2 kan kepala...sambil menekan minyak. Sekali lagi , erisya terpaksa duduk semula. Bila berhenti, erisya bergegas lagi ke peti duit. Kalini gelengan kepala pemandu tuh bertambah kuat..siap tutup lubang duit dengan kedua belah tangan! Eh! Rupanya erisya tak perlu bayar tambang! Bila erisya citer kat Oshiro-san dia pun terkejut! Tak pernah berlaku camtu katanya!

Kisah 3

Di sana, erisya beli banyak buah tangan yang berupa pinggan bersalut emas di tepinya. Berbanding di Tokyo, harga di Okinawa lebih murah! Puaslah erisya beli pedang samurai (alahhh replika jer) , purse, pinggan seramik dsbnya. Dalam perjalanan pulang, erisya ternampak ada pertunjukan tarian di tengah padang. Maka erisya pun berhenti menonton. Barang2 yang telah dibeli erisya letakkan di tepi padang...sebelum ke tengah padang untuk mengambil gambar penari2 yang sedang asyik menari. Hmmm....jika di Malaysia apa akan terjadi pada barangan tu sumer? pasti hilang, bukan? Namun, bila habis tarian2 tu sumer...beg2 erisya masih di tempat yang sama tidak terusik!


Kisah 4
Erisya keluar bersama Jahrera-san. Erisya menegurnya kerana tak tutup tingkap kereta ketika parking. Jahrera-san kata, toksah risau! selamat! (Hmmm...kalau kat sinilah...pasti kereta tu selamat di tangan pencuri kereta!)

Kisah 5
Di tepi jalan, tiada lelaki2 melepak mengusik2 gadis yang lalu-lalang. Jalan2 tenang dan aman. Jujur saja ya, erisya rasa lebih selamat berjalan2 menyedut udara malam di sana berbanding di tanah air sendiri! (Errr bukan maksud erisya ada lelaki yang mengusik / menggangu erisya...ish! dah tua2 ni sape yang nak mengusik lagi...maksud erisya tak lah takut nak jalan malam2 sebab jalan begitu aman tanpa kelibat spesies lelaki yang tidak dikenali!)

Kisah 6
Errr ....Cukuplah ya....tak larat nak tulis dah! Nanti-nantilah kita citer lain , ok? :)

Sunday, November 30, 2008

HADIAH DARI LIN


Inilah hadiah dari kenalan baru erisya, Lin. Terima kasih Lin! kak erisya tak sangka akan terima hadiah secute ini! Pandai Lin buat!
Semasa mula nak blogging, tak pernah terlintas di benak erisya akan mendapat ramai kenalan baru dan mesra. Erisya mula berblog setelah didesak oleh kak Sakura.....dah banyak kali ditanya erisya pun malu alah dan mulakan coretan pertama. Kebanyakan kandungan blog erisya adalah kenangan lama....dengan niat agar ianya dapat memberi iktibar kepada teman2 semua. Setiap orang punya sejarahnya sendiri. Sejarahlah yang membentuk siapa kita hari ini.
Hari ini juga melakar sejarahnya sendiri. Pertama kali erisya berSMSan dengan Lin. Lin begitu mesra sekali seolah kami telah berkenalan bertahun lamanya! Sempat juga Lin kirimkan salamnya kepada uncle Mountdweller dan cikgu Jinggo :) . Ok Lin, kak erisya dah sampaikan :)

Tuesday, November 25, 2008

AWARDS






Hari ini erisya terima award kedua dari kak sakura...thanx! mmmuuuahhhh luv you!




Di kesempatan ini, Erisya juga ingin menganugerahkan award kepada top 5 commentors (bulan november). Terima kasih kerana sudi memberi komen... cayalah komen anda semua telah menceriakan hari erisya!




1. Uncle Mountdweller - 23 komen
2. Kak sakura - 21 komen
3. Azlin Hashim - 14 komen
4. Ajeem - 12 komen
5. Jinggo - 10 komen


Monday, November 17, 2008

XIE XIE NI, LEE!



Erisya Nor, she who walks in beauty, like the night of cloudless climes and starry skies, and all thats best of dark and bright, meet in her aspect and her eyes.Thank you for your warm thoughts and compliments, you always make my day and making Winter seems so far away. Hold that smile Erisya and stay gorgeous. I selected this dress for you.





Xie Xie ni , Lee :) Tapi erisya tak berani pakai...a dress to kill ;)



Kak sakura, baju kita sama merah :)....jom kita pegi canada ! Lee belanja dinner!


Erisya nak cari mink coat yang sepadan....hmmm...I'm a conservationist but...can't resist the temptation!








Friday, November 14, 2008

BUNGA DARI LEE


'A lovely being, scarcely formed or moulded.
A rose with all its sweetest leaves yet folded'.
Lee telah menghadiahkan sejambak mawar kuning ( ehem! yellow roses mean friendship). Meski tidak berbau namun erisya tahu ianya wangi..seharum keikhlasan orang yang memberi!
Ribuan terima kasih Lee!

Saturday, November 8, 2008

AWARD UNTUK SEMUA




Terima kasih kak sakura di atas anugerah award ini. Pertama kali dapat anugerah award huhuhu maklum...dalam anugerah SKRIN erisya tak pernah menang apa-apa pun !

Award ini erisya anugerahkan kepada Tuan Mountdweller yang banyak memberi bimbingan, Mr Lee yang selalu buat erisya menangis dan ketawa, juga kepada semua blogger yang sudi singgah memeberi komen di blog ini. Tidak ketinggalan kepada semua blogger yang setia membaca blog ini. Sudilah terima award ini :)

p/s: termasuk kak sakura yang menjadi teman setia erisya ;)

Sunday, November 2, 2008

e-CARD



Erisya baru sahaja terima sekeping e-kad dari seorang teman yang
belum lagi erisya temui walau usia perkenalan kami dah masuk ke
angka tahun.
Antara kata-kata yang diucap dalam e-kad itu ialah...



" You know why I love sharing my thoughts and feelings with you?
'coz you understand me best! Its wonderful to have a friend like you.."



...kata-kata yang mudah tapi amat bermakna . Suatu yang indah bila
seseorang menganggap kita sebagai kawan..



p/s: Nanti bolehlah kita minum-minum kopi bersama kak sakura :)
ehem! dah tukar profession ka?

Monday, October 13, 2008

BUAT YANA



Never regret anything that made you smile.






Sempena Sister Day sedunia, erisya ingin tujukan ucapan ini kepada adik tersayang, Yana. Terima kasih kerana masih mengingati. Jarak dan masa tidak akan merubah kasih yang termateri di sanubari. Jangan sesekali lupa, di sini ada seseorang yang mendoakanmu sentiasa.