Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Monday, February 9, 2009

APA NAK JADI?

Di mana2 saja orang bercerita isu MB Perak...sebagai anak perak, erisya juga ditanya persoalan yang sama (rasa malu teramat2!)....papepun, syukur bukan erisya yang mengundi mereka kerana sejak merantau erisya tak pernah mengundi di Perak....maka rasanya tak perlulah erisya memberi banyak komen kerana tak tahu hujung pangkal cerita....cuma tertanya2 jika MB kami bertukar ganti...dapat balikkah tanah melayu yang dah bertukar tangan tuh?

Jujur, erisya lebih berminat dengan usaha2 kerajaan negeri PP untuk menangani masalah pengangguran di PP ...maklum, banyak kilang telah berpindah ke negara lain. Ramailah warga PP yang menganggur kelak (tak tahulah samada semua akan menerima VSS atau tidak). Salah satu usaha adalah dengan memberi arahan kepada agensi2 berkanun agar menerima 500 orang pekerja baru secara kontrak; di mana 50% daripada gaji mereka dibayar oleh kerajaan negeri PP....suatu usaha yang menarik. Tapi tak tahulah negeri teman tercinta tuh, tidak terlibat ngan kegawatan ekonomi kot....masing2 sibuk berebut kerusi panas MB jer.

Sebelum pilihanraya dulu, macam2 janji tapi lepas dapat kerusi kalut tentang jenama kereta rasmi, main lompat2, pindahmilik tanah dsbnya....ish ! pernah terfikirkah masalah rakyat yang mengundi dema semua?

penat...memang penat!...tapi nak komen bebanyakpun, erisya pun kurang cerdik pasal politik ni cuma sekadar lihat lagak YB-YB yang dah menang pilihanraya dan apa yang mereka sibukkan selama memegang kuasa....

errr.....jangan lupa tangan yang mengundi boleh menggoncang dunia YB ! Tu pun kalau ada pilihanraya....gawat-gawat ni, ada duit ka nak buat pilihanraya tuh? Tapi tak adil kan jika rakyat tidak diberi pilihan?

p/s: tak suka ngan budaya lompat2 ni...sistem pilihanraya kita tak sama ngan US atau Indonesia....kita pangkah parti bukan individu...wajarkah mereka memegang jawatan jika tidak lagi mewakili parti asal mereka? Boleh kah parti pemerintah ditukar2 tanpa mandat dari rakyat? Hmm...musykil!




Sunday, January 25, 2009

TERKURUNG




Lamaku di sini
terkurung
di bawah kaca
yang kilau disinari
mentari

Jauh pergi akalku
langkau saujana mata
mengejar hidup
mengejar khalayak
mengejar masa depan

Inginku bersuara keras
namun
terbatas daya
di balik dinding kaca

dan

Kian lama
kian hilang suara
kian lama
kian hilang deria
PHOTO: Anneka James on Flickr

Monday, October 20, 2008

SYAWAL

syawal

tiap laungan takbirmu

penuh suara kemenangan

melawan dugaan

membersih ikhlas

syukuri nikmat kurnia

Maha Pencipta


syawal

meraut rindu ayah bonda

mengukir kenangan

saat indah bersama

hiasi hari yang mendatang

tatkala bersendirian


syawal

pertemuan bersaksi pusara

sendu dan air mata

pengganti bicara

rindu ayah bonda

rindu keluarga

rindu bahagia


terima kasih syawal

gema takbirmu

melaung kemenangan

menggamit kenangan

menjanji pertemuan


ErisyaNor

Petaling Jaya


Berita Harian

18/10/2008

SURAT BUAT TOK JEBAT


Tok Jebat,

Sejarahmu masih berulang
Meski ratusan tahun berlalu
bertikam saudara demi kuasa
Atas alasan setia


Tok Jebat,

Ramai kami tidak berguna
Nasib kami tidak terbela
Masih ditindas meski berkulit sama
Masih diinjak meski beragama sama.

Tok Jebat,

Darah yang mengalir di tubuhmu,
kini mengalir lagi
Tak terlihat dek mata
namun mengalir deras
di hati yang luka



Tok Jebat,

Kumalu mengaku bangsamu
Mata hanya melihat tanpa bersuara
Pinjamkanlah semangatmu
Ingin kuhunus keris pusaka
Biar tegak berdiri di dada pengkhianat bangsa!



ErisyaNor

oktober 2008

Petaling Jaya




Friday, October 17, 2008

SAYANGKU


Abang,

terima kasih sayang

kau hulurkan tangan

di saat kusendirian

mengharap cinta tak kesampaian

Takdir kita bermula

di saat kau menjabat khadi

berpindahlah amanah

dari tangan seorang ayah

ke bahu suami

Di saat kau lafazkan akad

hatiku bergetar

kunanti penuh debar

syurgakah atau neraka

bahgiakah atau derita

syukurkah atau sesalan

menjadikanmu pilihan

Abang,

kini terima kasih kulafazkan

kerana

jadikanku temanmu

jadikanku ratumu

jadikanku ibu anak-anakmu

serta

memanggilku

teman hidupmu
Erisya Nor
oktober 2008
Bandar Baru Bangi

KASIHKU


Kuingin kau terbang

rentasi lautan luas

agar dapat kuukur

sejauh mana kasih

yang bersemi

Kuingin kau selami

jauh ke dasar hati ini

agar dapat kaucari

butiran mutiara cinta

yang tersembunyi

Kutak ingin lagi

kau menjadi bayang

yang seringkali pergi

bila cahaya menghilang

Kini

kubenar-benar ingin

kata pasti
ErisyaNor
oktober 2008
Ampang