Friday, January 11, 2013

Tahun Baru 2013

Udah terlalu lama Erisya tak menjengah daerah ini....tempat Erisya meluah rasa suatu ketika dulu. Bila baca semula entry lama....terasa benar cepatnya masa berlalu...juga perubahan diri ini yang amat ketara....sesuai dengan anjakan masa dan hasrat yang berbeza.

Tanggal 2 hb Januari 2013 ini genaplah 7 tahun aruah Aqil kembali kepada Maha Pencipta. ....bererti tujuh tahun jugalah Erisya menahan rindu. Adakala titisan air mata tak dapat dielakkan lagi...terutama ketika majlis tahlil malam tadi...terbayang di ruang mata aruah  turut bersama, dengan susuk badan anak berusia 7 tahun...bukan lagi baby sepertimana aruah pergi dulu. 


InsyaaAllah...suatu ketika nanti, kami pasti bertemu semula di alam akhirat yang kekal abadi....takkan terpisah lagi buat selama2nya....





Saturday, May 5, 2012

SAYONARA

Tanpa sengaja tadi siang Erisya terbaca beritanya...rupanya dia telah berjaya mencapai impiannya...alhamdulillah....doa Erisya termakbul rupanya. Selama ini Erisya tertekan dengan rasa bersalah kerana melukainya ketika dia sedang exam...alhamdulillah dia lulus rupanya!..dan kini sedang bertugas di luar negara seperti yang diidamkannya.

Melihat fotonya..tetiba sahaja Erisya rasa berdebar....wajah yang begitu lama tidak dilihat....masih kacak bergaya ketika pertemuan terakhir dulu.....cuma rambut putih semua....udah ubanan.

Kini, Erisya sudah bisa lepas segala....membuang segala kenangan kami berdua. Maafkan diri kerana melukai satu2nya insan yang mengerti diri ini.,.Erisya kini boleh tidur dengan lena tanpa dihimpit rasa bersalah....syukurlah ternyata  kami sama2 telah mencapai cita2 .....

Mungkin suatu masa nanti takdir akan pertemukan kami semula...dan kami berdua akan berpura2 tiada punya sejarah silam bersama.

Sayonara teman sejati.....

Tuesday, April 3, 2012



YOU  WILL  NEVER  GET  ALL  THAT  YOU  WANT...BUT  IN THE END YOU  WILL  ALWAYS  GET  WHAT YOU  DESERVE...





Saturday, February 11, 2012

MEDAN YANG INDAH











TIGA ILHAM TANDA DIRAHMATI

Alhamdulillah semalam berkesempatan ke Taman Syurga mendengar ceramah Datuk Kamaruddin Zakaria. Antara lain beliau telah sampaikan sabda Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa sekiranya kita

1. Diilhamkan untuk banyak berdoa- bermakna Allah ingin kabulkan semua doa kita.
2. Diilhamkan untuk banyak beristighfar - bermakna Allah ingin ampuni dosa-dosa kita.
3. Dilhamkan untuk banyak bersyukur (alhamdulillah)-bermakna Allah ingin limpahkan rezeki yang luas kepada kita.

Datuk berpesan lagi agar aminkan semua kata-kata yang baik ...misalnya jika ada yang memuji kita, ucapkanlah alhamdulillah..aminnnnn! Semua kata2 baik adalah suatu doa buat kita.

Ya...kita juga wajar mengucapkan kata2 baik buat orang lain pula. Setiap doa yang baik akan diaminkan oleh para malaikat ...kita juga dapat apa yang kita doakan buat orang lain. Ini membuatkan Erisya tambah semangat nak bantu downline ...jika mereka tambah berjaya...maka Erisya juga turut berjaya...insyaAllah! Dengan syarat mereka turut bersama2 berusaha dan terus berusaha untuk mencapai jaya. Man-jadda-wa-jada...ya..sesiapa yang bersungguh2 pasti akan dapat!

Monday, January 16, 2012

WHEN THERE IS FAITH, THERE IS NO FEAR.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Erisya nekad nak jalankan perniagaan MLM. Tak cukup ka gaji yang ada. Kenapa Erisya masih  inginkan passive income. Alahhh siapa yang tak mau...ketika bercuti wang masuk ke dalam akaun...Bagaimanapun, ya ...harus diakui bahawa  90% telah gagal dalam perniagaan yang sebenarnya mampu melahirkan  ribuan jutawan. Mungkin mereka gagal kerana menyangka perniagaan MLM adalah jalan mudah untuk meraih kekayaan.Tak perlu berusaha...hanya harapkan downline atau upline kumpulkan PV kita dan seterus ditukar dari USD ke RM. Bagi Erisya, niat kita harus jelas bila menceburi bidang yang penuh cabaran...bersedia mental....walau dijamin 90% rezeki oleh rasulullah s.a.w.

Produk? Ya Erisya amat yakin dengan produk ini kerana terbukti telah sembuhkan suami yang sakit batu karang, darah tinggi, gout, obesiti dan masalah buah pinggang (akibat makan pain killer serta ubat2 tradisional yang memang kaya dengan steroids). Bagaimana dengan produk lain? Ya semua produk adalah bagus dan mempunyai testimoni yang baik. Habis kenapa tak mau jual produk itu? Pertama Erisya yakin semua penyakit ada penawarnya kecuali maut. Jadi jika kita telah bertemu dengan produk yang serasi kenapa nak bertukar arah? Kedua, Erisya yakin dengan marketing plan dan sistem syarikat ini. Bukan piramid. Setiap ahli harus berusaha tanpa menumpang di atas kerajinan downline atau upline.Mendapat bantuan dan sokongan orang atas untuk kembangkan biz (kecuali modal ;) ). Rasanya semua sebab di atas sudah cukup untuk menyakinkan Erisya agar terus berusaha dan berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tak pernah rasa down?Hmm... Bohonglah jika Erisya kata tak pernah keciwa dengan downline yang pelbagai ragam. Perang harga dsbnya.  Tapi mana ada perniagaan yang mudah, kan? Bak kata mentor Erisya....seorang usahawan tak boleh lari dari masalah tapi harus selesaikan masalah. Jangan mudah berputus asa. Setidak2nya, dalam biz ni  Erisya tak perlu pening nak buat R&D untuk menambahbaik produk. Tak perlu sewa kedai macam dulu...hadapi masalah sihir insan yang iri. Cuma perlu berkongsi kebaikan produk dengan orang2 yang Erisya sayang...juga dengan orang yang tak pernah Erisya kenal tapi menjadi kawan bila menjadi downline.

Macam mana Erisya masih kekal dengan syarikat yang sama selepas 7 bulan? Sedangkan upline di atas ramai yang yang telah bertukar bulu. Masih tercari-cari haluan tuju.

Amboii panjangnya mukaddimah.Ok..ok...bukan niat nak cerita ttg biz sebenarnya....tapi nak kongsi pengajaran satu hari , yang tak pernah gagal memberi kekuatan bila Erisya rasa down. Ok, Erisya nak mula cerita lah ni....pengalaman sehari yang telah sedarkan Erisya betapa kita harus tumpu perhatian pada matlamat....bukan buang masa fikirkan halangan yang mendatang.

Kisah bermula ketika bercuti bersama keluarga. Percutian yang telah dirancang lama bersama best friend (kami rapat sejak anak dara sunti lagi). Selepas berbulan menanti, akhirmya masa yang ditunggu pun tiba. Semasa menunjukkan pasport tetiba Erisya dimaklumkan bahawa Erisya tak boleh bertolak...pasport hidup tak cukup 6 bulan ..kurang 3 hari! Semua org terkejut....terutama suami dan anak ....puas juga Erisya pujuk keduanya agar teruskan perjalanan bersama keluarga best friend Erisya tuh.....Erisya? nak buat camner? lambai tangan ajelah dengan senyum tawar.

Sebaik sahaja mereka berlepas...otak ligat memikir....sempat ka nak renew pasport? Pegawai Imegresen bekerja ka hari sabtu? Camner nak ke Putrajaya...teksi? Bila penerbangan terakhir ke Medan? Sebelum semua persoalan betul2 terpahat dalam fikiran...Erisya hentikan. Jangan fikir. Yang terbayang di mata hanyalah pandangan keciwa suami dan anak kerana Erisya tidak turut serta. Terus Erisya ke Pej Imegresen Lapangan Terbang untuk batalkan rekod perjalanan ...maklum dalam sistem Erisya telah ke luar negara padahal stranded di muka pintu. Pegawai yang bertugas membantu Erisya hubungi pejabat Imegresen yang berhampiran untuk pastikan pejabat dibuka pada hari Sabtu. Syukur....pejabat dibuka hingga pukul dua petang.

Langkah kedua Erisya menelefon adik ipar ...apakah kelapangan untuk menghantar Erisya ke Pej Imegresen...Syukur...adik ipar  free. Dipendekkan cerita, segala urusan dipermudahkan...semua pegawai yang bertugas banyak membantu...Erisya sempat mendapatkan pasport yang baru....itupun pegawai tersebut menegur Erisya kenapa tak maklumkan awal bahawa Erisya ingin mengejar flight sebelum jam 12 tghari...jika tidak,  mereka boleh siapkan pasport lebih awal!  Erisya terpempan....sikap tak mahu susahkan orang....tak mahu minta bantuan orang buatkan Erisya terlepas flight tengahari.....Pelajaran pertama: harus benarkan orang lain membantu kita. Jangan malu meminta bantuan orang lain. Tak semua orang tidak suka hulurkan bantuan.

Sebaik sahaja mendapat pasport, adik membawa Erisya ke LCCT semula...syukur....masih ada flight petang tuh. Tiba di Medan waktu maghrib. Syukur ada sopir yang menunggu. Bila ditanya...perjalanan adalah 4 jam...jika tidak macet! Fuh....jauhnya! Macam KL dengan Penang... Dalam hati , tak putus minta bantuan Allah moga selamat sampai...maklum dalam flight ada makcik yang berasal Medan telah berpesan agar berhati2 dengan orang Medan...Dalam perjalanan, sopir berpesan jika lapar, beliau boleh berhenti makan. Dengan sopan (takut sebenarnya....mahu lekas sampai) Erisya menyatakan tidak lapar...Tapi lepas dua kali dia bertanya tetiba Erisya terfikir.....eh kesiannya sopir ni..pasti dia lapar...maklum penat memandu kenderaan...melewati ladang kelapa sawit..ladang getah..dan menempuh banyak negeri. Kok ya pun dia tak perlu solah kerana beragama kristian setidak-tidaknya dia harus berhenti makan. Akhirnya Erisya menyuruhnya berhenti ....tak ingin jadi pelancung yang kejam.

Di kedai makan, ternyata orang Medan ramah belaka...meskipun tidak kenal namun mereka ramah berbual ketika makan semeja...maklum gerai kampung. Terpaksa makan di meja panjang. Mana boleh duduk bersendiri.  Kebetulan pula ketika itu ada perlawanan bola sepak.....jadi penuh lah gerai dengan peminat bola. Pelajaran kedua: Syukur, Erisya ketemu dengan insan2 yang baik...walau ada yang punya kenangan pahit di Medan...termasuk makcik warga Medan yang duduk sebelah dalam filght.

Lepas makan perjalanan diteruskan. Hujan lebat sepanjang perjalanan. Buatkan perjalanan lebih lama dari biasa. Erisya bersyukur kerana sopir ramah bercerita.... macam2 tajuk perbualan...dari kisah  politik dan ekonomi negaranya hinggalah ke adat resamnya iaitu suku Batak. Memang menarik...buat Erisya tidak mengantuk walau kepenatan.  Pelajaran ketiga: Jauh berjalan, banyak pengalaman dan pengetahuan yang kita dapat.

Akhirnya tepat jam 12 malam Erisya tiba di hotel dengan selamat. Sayang...tak nampak keindahan Danau Toba dalam kegelapan malam. Pelukan suami yang gembira menyambut Erisya buat Erisya rasa syukur...syukur teramat sangat kerana berani teruskan perjalanan sendirian .....tidak terlalu memikirkan halangan untuk ke Medan.. pengajaran yang diperolehi dalam sehari telah mengubah diri ini menjadi seorang wanita yang lebih yakin untuk mengejar matlamat..... Allah pasti akan hantar hamba2Nya untuk membantu kita...selagi kita fokus pada matlamat....bukan halangan....WHEN THERE IS FAITH, THERE IS NO FEAR.

Salam sayang dari



p/s:Buat yang telah membantu...moga Allah mudahkan urusan kalian sebagaimana kalian mudahkan urusan Erisya. Bagi yang suka makan angin...jangan lupa masukkan Medan dalam salah satu destinasi teman semua...memang best! InsyaAllah kami akan ke sana lagi....

Tuesday, October 11, 2011

AL KAUTSAR

Selepas dua minggu berkursus, tetiba sahaja sakit terasa semula. Parut luka ditikam belakang rupanya  masih berdarah lagi. Hati ini masih belum ikhlas melepaskan segala kesedihan. Entah kenapa hati benar-benar tersayat sembilu....begitu sukar untuk melupakan.

Hari pertama bekerja dimulai dengan hati yang hambar. Ditambah pula dengan pengumuman bajet 2012....Pengumuman keramat yang amat ditakuti..membuatkan kami tidak fokus dengan pengumuman seterusnya (yang seharusnya berita gembira). Pengumuman yang bisa membuat perjalanan karier dan tugas kami lebih sukar. Juga membuat ramai teman-teman yang konvo bersama turut rasai tempiasnya.

Sejujurnya memang Erisya agak tegang. Rasa keciwa yang membuak-buak sukar dibendung lagi. ....Namun di saat hati sedang ditusuk keresahan tetiba mendapat emel daripada daripada rakan sekerja. Bagaikan ada telepathy, dia menghantar emel fadhilat al kautsar. Terus Erisya zikirkan surat yang mengandungi tiga ayat tuh......sambil mata membayangkan mereka yang menyakiti...tetiba sahaja hati sejuk umpama aliran sungai menyusuri batu yang keras...perasaan yang nyaman. Hilang segala kegundahan dan kerisauan..... Alhamdulillah.... kesakitan kerna ditikam insan-insan yang paling dipercayai juga turut hilang...seolah nama mereka tidak lagi ujud dalam dunia Erisya. Betul-betul hilang.

Ketika zohor tadi, Erisya sempat berdoa panjang, agar dikurniakan sahabat dunia dan ahirat yang dapat memimpin tangan ini  ke jalan-Nya....terima Erisya seikhlas hati...tanpa niat lain selain kerna-Nya.

Dan Erisya amat bersyukur di saat-saat begitu, Allah telah menghantar penawar dengan cara yang tidak disangka-sangka...mengubat hati yang gundah tanda kasih sayang-Nya yang tidak terhingga.


Ingin Erisya kongsi kandungan emel:






Surah ini dikatakan surah penghibur hati kerana diturunkan ketika Rasulullah SAW kehilangan dua orang yang dikasihi iaitu putera baginda Ibrahim dan ayah saudara, Abu Talib. Khasiat-khasiat lain adalah :-
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 
Wallahu a'lam.

Friday, September 30, 2011

DOA dan REZEKI

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah sesiapa yang berserah diri bulat-bulat pada Allah maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
-S.at-Taalaq: 2-3-

"Sesungguhnya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami) lalu Kami timpakan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"
-S.al-A'raaf: 96-

Di antara syarat murah rezeki adalah bertaqwa kepada Allah.
a) Banyakkan beristighfar
b) Banyakkan berdoa
c) Pastikan rezeki bukan sumber yang haram (sebagai contoh tiada unsur riba).

Berdoa? pasti ada yang  seperti Erisya dulu....merasakan penat berdoa. Lelah kerana terlalu mengharapkan agar doa dikabulkan sepantas kilat....Menghitung doa yang tak kesampaian. Sedangkan Erisya  terlupa menghitung berapakah kurniaan-Nya meskipun tidak dipinta. Pernahkah Erisya meminta oksigen? Pernahkah bersyukur kerana masih bernafas tiap kali bangun tidur? Berapa kalikah Erisya tunaikan solat tepat pada waktunya......Apa pernah Erisya sengaja melambat-lambatkan solat hingga ke hujung waktu.  Tiap kali solat berapa lama Erisya luangkan masa untuk bersama-Nya? 5 minit? 10 minit? wahhh panjang tuh! Katalah 10 minit di darab 5 ...maka dalam 24 jam masa yang Allah berikan, Erisya telah luangkan masa bersama-Nya selama 50 minit...tak sampai sejam pun. Dan Erisya  masih bertanya pada Allah...kenapa doa lambat kabulkan..sedangkan seharusnya Erisya tanyakan "layakkah... wahai diri?"

Ingatkah wahai diri; Allah kabulkan doa melalu 3 cara:


1) Allah kabulkan doa yang kita minta sebelum kita menutup mata.
2) Allah kabulkan doa di akhirat nanti
3) Allah gantikan dia kita dengan yang lebih baik .....misalnya selamatkan kita dari musibah atau kecelakaan.


Sesungguhnya janji Allah adalah benar...



Tuesday, September 27, 2011

THE BLIND GIRL

There was a blind girl who hated herself because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, "If I could only see the world, I will marry you."


One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.


He asked her, "Now you can see the world, will you marry me?"


The girl looked at her boyfriend and saw he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them at the rest of her life led her to refuse to marry him.


Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: "Take good care of your eyes,
my dear, for before they were yours, they were mine".





p/s: thanks Anslah...for the good advice. Always  remember who we were and who is always there for us....

JANGAN BERKIRA...


"WAHAI BILAL BERINFAKLAH! JANGAN TAKUT KEKURANGAN 
DARI ZAT YANG MEMPUNYAI LANGIT"

AL-Albani mensahihkannya dalam Shahih Al-Jami' (1612)

"BERINFAKLAH DAN JANGANLAH KAMU 
MENGHITUNG-HITUNG HARTA-MU;
KARENA ALLAH AKAN MENGHITUNG-HITUNG
REZEKI-NYA UNTUKMU.
DAN JANGANLAH KAMU BAKHIL DENGAN HARTAMU,
KARENA ALLAH JUGA AKAN BAKHIL KEPADAMU"

H.R.AL-Bukhari (2402)





Dah jadi tabiat...tiap kali membuka purse pasti mencari-cari duit RM1 sebelum menderma...sehabis tinggipun RM10. Seolah-olah RM50 tidak laku untuk diderma...sedangkan mulut menyatakan yakin bahawa setiap derma akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari Allah Taala....Setiap sedekah yang diberikan akan sampai ke tangan-Nya sebelum ianya sampai di tangan penerima. Namun ntah kenapa jari ini tidak mahu menurut arahan agar memilih ajer wang yang ada tanpa mengira apa warnanya.....Dalam hati masih terdetik....duitku tak cukup untuk memberi lebih.....Hmm...betapa sukarnya mendidik hati ini...

Sunday, September 25, 2011

PETUA BATU HEMPEDU DAN HATI

Minggu lepas dapat panggilan. Rupanya ramai yang dah alami penyakit batu hempedu ni. Kebetulan Erisya dah lama simpan resipi ini ..maka Erisya nak berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan. Sejujurnya Erisya sendiri tak pernah mencubanya kerana tidak mempunyai penyakit ini. Namun, orang yang menceritakannya telah menunjukkan foto batu yang telah berjaya dikeluarkannya. Malangnya Erisya tak tahu cara nak upload foto tuh kat sini sebab bukan jpg.

Selamat mencuba dan....Semoga lekas sembuh!


Cara Pembuangan Batu Karang Di Hati & Hempedu:
1.   Puasa selepas pukul 4pm
2.   6pm Minum EPSOM SALT (1 sudu the+air suam) untuk buang
      najis.
3.   8pm Minum EPSOM SALT lagi
4.   10pm minum campuran 125ml Monavie+ 125ml Minyak Zaitun
      (cool pressed)
5.   6am pagi esok minum EPSOM SALT lagi.
6.   8am minum EPSOM SALT lagi.
7.   Tunggu buang najis



Friday, September 23, 2011

SATU vs DUA

Bohonglah jika Erisya tak marah. Tak kecewa bila kehilangan dua orang yang paling erisya percayai. Namun, kekeciwaan tuh tertebus dengan dua berita gembira. Pertama rumah yang Erisya beli telah siap sepenuhnya. Kedua meraikan konvokesyen. Ya, setiap pintu yang tertutup, akan terbuka dua lagi pintu. Sebagaimana tertutup satu-satunya pintu rezeki yang menghubungkan ibu dan bayi; tali pusat ...lantas terbuka pula dua pintu rezeki  yang lain iaitu payudara ibu.

Jangan digusarkan pintu yang tertutup. Sebaliknya mata harus dibuka luas untuk mencari dua pintu yang telah dibuka untuk kita. Bagi Erisya, setiap kali diuji, Erisya akan menangis..benar2 menangis sepuas hati. Munajat minta kekuatan dari Yang Maha Kuat. Luahkan sedih, marah, sebal. Namun ada time framenya. Berilah masa untuk keluarkan apa yang terbuku di hati bersama air mata ..seminggu, sebulan....paling lama adalah 3 bulan. Kemudian kesat air mata dan bangun semula! Jangan diingat pintu yang telah tertutup itu...sudah tiba masa untuk mencari dua pintu baru yang dibuka oleh Maha Pencipta.

Tiada siapa yang selamanya susah. Akan tiba masanya, kita  mampu ketawa bila mengimbas semula zaman susah kita dulu. Semasa Erisya menyusuri kampus malam  tadi, Erisya terpegun dengan keindahan malam yang meraikan konvokesyen yang akan berlangsung. Anehnya Erisya tidak ingat langsung kemeriahan konvokesyen Erisya yang pertama dulu. Yang Erisya ingat, masa tuh Erisya keseorangan. Tiada siapa untuk berkongsi kegembiraan. Sebagaimana Erisya keseorangan ketika mendaftar diri di sekolah rendah dulu...begitulah juga Erisya berseorangan di hari konvokesyen yang pertama. Namun kini, Allah telah memberi peluang Erisya menebus kesedihan dahulu.

Kali ini, Erisya tidak lagi seorang diri di hari konvokesyen...Allah telah memberi peluang kedua.

      Syukur di atas ni'mat-Mu, ya Allah!

Thursday, September 22, 2011

TERUJA

Alhamdulillah...pagi tadi barulah rasa teruja nak konvo. Kalau tak, rasa biasa jer...tanpa perasaan. Gembira lihat wajah ceria para graduan. Maklum selepas lama bertungkus lama akhirmya ijazah dalam genggaman. Bagi Erisya meskipun ianya tidak membuahkan apa2...baik kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, namun tetap rasa puas dengan pencapaian diri. Biarlah majikan tidak memberi insentif...Erisya tetap hargai pengalaman dan pengajaran yang dipelajari. Menghargai erti kepayahan dan kesabaran, hargai sokongan insan2 tersayang baik keluarga, kawan2 mahupun supervisor. Tanpa sokongan mereka, rasanya dah lama Erisya berputus asa....bukan sedikit rakan sekerja yang terkandas. Kenapa? Supervisor yang telalu sibuk, masalah sampel, tiada sokongan pihak majikan dll.

Erisya amat faham perasaan mereka....kerana pernah berada di tempat yang sama. Pihak pengurusan hanya mencari kesalahan namun bila minta bantuan....apa pun tak de. Cakap kosong. Sedangkan satu-satunya bantuan yang Erisya pinta adalah tandatangan untuk sahkan Erisya kaki tangan kerajaan bagi mengambil sampel di luar negara....surat telah Erisya sediakan dan cetak...cuma tandatangan saja! Tak minta duit sesen pun duit  jabatan. Semuanya ditanggung oleh geran universiti. Akibatnya Erisya terpaksa menukar tajuk projek dan bermula dari bawah...mencari sampel haiwan yang baru! Dah lah terpaksa extend, pihak universiti pula tak bertolak ansur beri diskaun yuran pengajian walaupun Erisya tidak menggunakan makmal. Surat rayuan dibakulsampahkan. Bayanglah teman di universiti lain hanya membayar RM350 setahun tapi Erisya bayar RM1500 ! Beza harga yang amat tinggi. Syukur ada wang EPF...lepas lah bayaran yuran pengajian.

Pengajaran, berhati2lah memilih universiti dan supervisor. Pastikan juga sampel yang kita perlukan mudah diperolehi. Jangan jadi seperti Erisya meskipun CGPA melayakkan Erisya convert kepada PhD namun masalah data keputuan penyelidikan yang tidak cukup membuatkan tidak layak memohon pertukaran. Betul2 study program pengajian yang ditawarkan, bertemu bakal spervisor berulang kali sebelum daftar...pastikan mereka adalah pakar dalam bidang yang ingin kita dalami..apakah mereka mempunyai dana yang mencukupi dsbnya. Jika diteliti semua rakan-rakan Erisya yang tewas adalah pelajar universiti dan supervisor yang sama! Bukan suatu kebetulan yang aneh.

Buat adik2 yang konvo sama..Tahniah! inilah masanya kalian tuai apa yang telah disemai bertahun2....semoga kalian dapat pekerjaan yang diidamkan!

Tuesday, September 20, 2011

PULANG LAGI

Wiken baru ni Erisya pulang lagi ke kampung. Kali ini menghadiri majlis pertunangan adik sepupu. Majlis Pertunangan merangkap Rumah Terbuka. Menu? Nasi ayam, satay, lemang dan rendang serta kambing panggang.

Pulang dari majlis Erisya sekeluarga menziarahi Mak Itam. Sedih..matanya mulai kabur...telinga juga dah mula tak dengar. Meskipun Mak Itam dah jadi pelupa namun Mak Itam masih  kenal Erisya sekeluarga!

Sesuatu yang 'menarik'...cucu-cucu Mak Itam tidak lagi bertutur 'cakap dagang' meskipun sedari kecil diajar bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Rao. Malah bahasa Kelantan (sebelah ayah) juga tiada dalam kamus hati mereka. Mereka lebih senang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Teringat ketika berada di Okinawa...rata-rata anak muda pulau itu lupa bahasa ibunda..lebih mahir bertutus Bahasa Jepun. Nampaknya Japanisation telah berjaya! Hmm..bagaimana pula di Malaysia? Hanya orang Melayu kah yang lupa bahasa suku mereka? Bagaimana dengan kaum China dan India? Masih perlukah sekolah bahasa Tamil dan Mandarin ketika konsep 1 Malaysia dilaung-laungkan?

Erisya? Sejujurnya Erisya juga tidak boleh bertutur bahasa Rao. Maklum dibesarkan oleh nenek sebelah ibu yang berdarah Aceh. Hmm...bahasa Aceh juga Erisya tak faham. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi Erisya. Kini anak Erisya juga lebih senang bertutur Bahasa Malaysia...'cakap KL'. Cakap Penang pun dah tak betul...jadi bahan ketawa kami sekeluarga!

Berbalik pada kisah Mak Itam...rupanya ada sesuatu yang berbuku di hatinya. Dah 4 tahun tidak bertemu dengan cucunya Muhammad Afiq. Masih ingat si kecil yang pernah Erisya cerita dulu? Si kecil yang kehilangan ibunya ketika berusia 4 tahun. Si kecil yang menangis-nangis kejutkan ibunya agar bangun dari mati. Si kecil yang pulang ke kampung dan mencari-cari ibunya di semua bilik kerana menyangka ibunya disorok opah!

Sayu hati Erisya melihat air mata Mak Itam. Cucu kini berusi 14 tahun. Namun telah berpindah jauh selepas ayahnya bernikah sekali lagi. Kali terakhir Erisya dengar Afiq telah berpindah bersama ibu tiri ke Kulim Kedah. Kejadian ini membuatkan Erisya tertanya-tanya...salahkah kami kebumikan ibunya di Pulau Pinang...di depan rumah ibu ayahnya ..dan bukan di tanah kelahiran ibunya di Tapah? Sekiranya dikebumikan di Tapah pastilah Mak Itam dapat bertemu cucunya tiap kali Afiq ziarah kuburan ibunya tiap kali raya. Hmmm...ntahlah. Mungkin ada baiknya jika aruah dikebumikan di tanah kelahirannya...setidak2nya tidaklah Mak Itam berendam air mata. Selaku orang yang telah memujuk Mak Itam agar merelakan jasad anaknya dikebumikan di Pulau Pinang..Erisya rasa amat bersalah dan ingin sekali pertemukan Mak Itam dengan cucunya semula...

Tapi di manakah harus Erisya bermula?

Thursday, September 15, 2011

PENGAJARAN BARU

Alhamdulillah...hari ini mendapat pengajaran baru. Tanpa disengaja ianya keluar dari mulutnya sendiri. Dimana perkhabaran dusta telah disampaikannya pada KP. Kata dusta itu pula lahir dari mulut teman Erisya sendiri. Aneh bukan...kedua-duanya adalah teman yang makan bersama Erisya setiap hari! Yang menyatakan rindu tiap kali Erisya bercuti.

Erisya pun heran camner  tetiba saja lidahnya membuat pengakuan...pengakuan berani mati yang telah membunuh sebuah persahabatan.  Nasib baik lah masa tuh tak de panah petir guruh berdentum macam citer Hindi....maklum...terkejut! Wajahnya berubah ketika Erisya terangkan perkara sebenar bersaksikan nama Allah Yang Maha Melihat. Namun apalah gunanya Erisya clarify lagi sedangkan ianya telah sampai ke telinga KP. Nampaknya kata-kata seorang lagi tuh lebih dipercayai...tak pe lah. They deserve each other.

Anehnya Erisya tak rasa sedih langsung dengan kehilangan ini...cuma rasa diri ini dikhianati.  Hmm...apa-apapun syukurlah Allah membongkarnya melalui lidahnya sendiri...andaikata ada orang yang menyampaikannya pasti Erisya takkan percaya...tak mungkin percaya.

Alhamdulillah...syukur kerana selepas ini Allah pasti akan menghantar dua orang sahabat lain yang lebih baik sebagai ganti....hmmm mungkinkah yang berada di depan komputer ni ?


p/s:
 "BUKANLAH ORANG YANG KUAT ITU YANG PANDAI BERGUSTI TETAPI ORANG YANG KUAT ITU YANG (MAMPU) MENGENDALIKAN NAFSUNYA KETIKA MARAH"
H.R.Bukhari dan Muslim


Semoga Erisya akan terus kuat...

Tuesday, September 13, 2011

KEPULANGAN

Sabtu baru ni, Erisya benar-benar pulang...seperti yang dijanjikan dalam mimpi dulu. Semasa membuka langkah ke sana...Erisya berusaha luruskan niat...biar apapun yang berlaku Erisya terus melangkah.

Pada hari pertama Erisya gagal bertemu. Panggilan telefon tidak berjawab. Kekeciwaan hati terubat bila Erisya telah berjaya menjual 10 kotak Monavie pada hari pertama! Tanpa di duga sambil beraya dapat rezeki! Subhanallah....dengan hanya niat walaupun belum ketemu, Allah telah beri imbalannya! Alhamdulillah...alhamdulillah alhamdulillah. Hanya itu yang mampu Erisya katakan.

Sebelum kami pulang ke Bangi barulah kami berpeluang bertemu. Banyak bercerita kisah dulu-dulu....rupanya  nama Erisya masih terlekat jauh di sudut hatinya...terasa diri ini masih disayangi. Pertemuan ini telah leburkan rajuk yang lama.Dah lama kami tak berbual begini. Biasanya tiap kali pertemuan perbualan kami lebih formal. Dan tiba-tiba sahaja Erisya ingin kami tinggal bersama....melampaukah permintaan ini? Kerana sekiranya terlaksana, mahligai yang dibinanya akan hancur. Hmmm....Erisya tak berani...benar-benar tak berani membuat permintaan ini. Hanya boleh berdoa agar dirinya dilindungi...dirahmati dan diberi petunjuk dan hidayah agar insaf segala kekhilafan. Diampuni segala dosa sebelum dijemput kembali padaNya.

Ya...tiada lagi berbuku di hati....kalini Erisya benar-benar telah terima segala kekurangannya....sebagaimana Allah terima kekurangan Erisya dan tidak putus memberi keampunan tiap kali memohon. Malah memberi rezeki yang tidak di sangka-sangka bila Erisya ingin menghentikan rajuk lama demi kerana Nya.

Kini Erisya rasa lebih tenang...redho dengan apa yang berlaku. Apa yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Siapalah kita hendak memprotes? Sedangkan kasih Allah melebihi segala-galanya. Tiap yang berlaku ada hikmahnya..banyak kebaikannya . Yang hanya boleh dilihat sekiranya kita membuka mata.......bersama mata hati!




"Sesiapa yang mendatangi katilnya sambil berniat melakukan solat lail, tetapi dia diserang mengantuk sampai pagi, dia akan mendapat pahala sesuai dengan niatkan" H.R. Al-Bukhari

"... dan tidurnya adalah sedekah baginya dari Tuhannya" H.R. Ibnu Majah

Friday, September 9, 2011

DRAMA KOREA

Malam ni episod terakhir citer "you dont know women"...memang peminat tegar! Kisah isteri yang teraniaya ...akhirnya dapat balasan yang baik....si bekas suami dan keluarganya juga mendapat balasan setimpal. Memang adil!

Bila terlalu banyak menonton drama Korea, Erisya TERperasaan beberapa perkara:

1. Orang Korea suka makan buah-buahan. Adegan berehat bersama keluarga. menonton tv, mentong..pasti ada buah-buahan.Hmm..sebab tu lah agaknya  wajah mereka fresh! Tabiat yang patut dicontohi...kalau malas nak buang kulit...minum jer MonaVie!

2. Orang Korea masih berpegang teguh pada adat resam walaupun  mereka moden. Betullah kata mereka, anak yang baik tidak boleh menjadi suami yang baik! Ibu punya kuasa veto yang mampu menghancurkan rumah tangga anak jika bukan menantu pilihan!

3. Tidak seperti kelaziman  isteri orang Jepun, isteri orang Korea bekerja membantu suami mencari nafkah.

4. Stress jadi menantu orang korea ni terutamanya menantu sulung...Hmm...tingat kat kak Tie.Masa kak Tie menolak lamaran cinta jurutera Korea.....Erisya rasa rugi nya......rupanya sebagai muslim bukan mudah nak suaikan diri dengan budaya Korea..maklumlah... banyak adat yang dilarang dalam Islam seperti sujud di depan mertua dsbnya.

5. Lelaki Korea mudah menangis...hmmmm..betul ka? atau sekadar lakonan semata-mata? Amat berbeza dengan Jepun di mana watak lelaki digambarkan kasar dan keras

6. Masyarakat Korea masih pentingkan latar belakang bakal  menantu ....harta dan wang ringgit menjadi batu pemberat...lebih kaya lebih baik!

7. Masyarakat Korea memandang rendah kepada seorang janda..apatah lagi jika mempunyai anak! Hmm...yang ni Erisya tak boleh nak terima....kenapa harus ada stigma sebegini? Ada dua-tiga drama Korea menunjuk adegan lelaki yang menghina bekas isteri sebagai janda...hellloooo..siapa yang menjadikan isteri menjadi janda? pastuh nak hina-hina pula......hmmm..

8. Kebanyakan citer drama Korea happy ending. Yang jahat pasti dapat balasan. Yang baik pasti dapat imbalan yang sewajarnya. Kisah yang baik untuk menaikkan semangat para wanita yang ditindas oleh suami yang durjana. Tak macam drama siam tuh (lupa tajuk)....Citer tuh kisah lelaki cacat yang kena dera....ingatkan dia akan berjaya menghadapi deraan dan cemuhan orang kampung... penat-penat ikut minggu demi minggu... si hero mati akhirnya!!! Apa lagi...housemate Erisya punya lah menangis ...ingatkan sedih ....rupanya  tangisan sakit hati sebab buang masa ikut citer bodoh  tuh! Apa tak nya dari mula kenal hidup sampai mati...asyik kena buli jer!

9. Wanita amat tabah. Biarpun mendapat tekanan dari suami dan keluarga mertua mereka enggan diceraikan....tetap melayan suami dan keluarga mertua dengan baik....meskipun hidup tak ubah seperti orang gaji di rumah mertua.

10. Tok besan tidak boleh hidup di bawah satu bumbung. .....jika mesra ianya adalah sesuatu yang pelik lagi aneh!

11. Mereka suka berdoa kepada nenek moyang..bukan Tuhan.

12. Watak lelaki tua biasanya jenis yang  banyak beralah dengan isteri...lebih suka mendiamkan diri walau isteri berbuat salah.....demi menjaga keharmonian rumah tangga yang telah terbina bertahun lamanya.....eh...bukan takut bini tau....tapi bini yang tak takut mereka!

13. ...Hmm apa lagi ya? Yang pasti tak sanggup rasanya Erisya  menjadi menantu orang Korea meskipun lelaki sana tampan dan segak bergaya!

Papepun, Erisya suka nonton drama Korea....belajar tentang budaya mereka yang unik dan menarik!Hmm bilakah agaknya Erisya boleh menjejakkan kaki ke sana?



P/S: tak lama lagi drama new story of gisaeng pula akan berakhir.....:(