Sebelum teruskan bicara, Erisya ingin mohon maaf kerana tidak pernah membalas pertanyaan mengenai rawatan batu karang di Melaka....bukan apa , kerana kami sendiri tak pernah ke sana! Sekarang baru Erisya berani memberikan alamat dan no tel.
Ahad lepas,kami sekeluarga ke rumah en Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol kami terus memandu ke arah jejantas/jambatan di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , kami belok ke kiri iaitu ke arah Sungai Udang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN di sebelah kiri.
Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankan kereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut. Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan di sebelah kirinya.
Oh ya..Jangan lupa bawa bekas air kosong ke sana. Tapi kalau tak ada pun tak pe sebab di sana jiran2 menjual bekas kosong dengan harga RM4.
Kemudian pesakit harus ambil nombor giliran (macam hospital lak..tapi tak de misi/suster cun!). Namun nasib kami baik kerana orang tak ramai jadi tak perlu lah ambil no. Lima orang masuk ke dalam bilik rawatan. Erisya tak ikut masuk sebab seganlah...semua lelaki! Menurut suami, en Jamil menggosok2 bahagian belakang pinggang. Kemudian beliau pegang bahagian perut kanan...rasa pedih ..tetiba voila! ada seketul batu. Menurut suami, semasa orang sebelah terima rawatan, dia asyik memandang tangan en Jamil...kotlah ada batu! tapi kedua belah tangan memang kosong..tetiba .terdengar bunyi batu bergeser semasa en Jamil menggosok...bila en Jamil keluarkan tangan, .rupanya ada dua biji batu dikeluarkan dari pesakit sebelah!
Keluar bilik, pesakit dibekalkan air yasin dan satu bekas krim panas (RM10)...bayaran lain, berilah seikhlas hati.
Erisya enggan membuat spekulasi mengenai kaedah rawatan beliau. Yang pasti, suami tidak lagi kencing berdarah, ari-ari dah tak sakit dan perutpun tidak senak lagi. Namun masih belum berkesempatan nak scan di hospital lagi. Menurut seorang kenalan, dia pernah membawa anaknya menerima rawatan di situ. Bila ke hospital, doktor pun heran sebab tiada batu karang lagi!
Semua nya dengan keizinan Allah taala. Kita hanya berusaha. Bagi yang berminat untuk mencuba:
En Jamil
Kpg Gangsa , Durian Tunggal Melaka
No Tel: 016-6166694
Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg)
Sebetulnya en Jamil ni boleh merawat lain-lain penyakit juga...namun kebanyakan pesakit adalah penghidap sakit batu karang. Rakan sekerja juga pernah bercerita, sedaranya pernah berubat batu karang (tapi tak ingat di mana). Semasa rawatan, mereka sekeluarga boleh melihat batu tersebut. Namun bila dilihat dalam foto, batu itu tak kelihatan...invisible! wallahuaklam..namun bagi pesakit en Jamil...masing-masing pulang membawa souvenir....batu karang bukan dari lautan.... tapi dari badan.