Friday, December 31, 2010

AZAN

Baru-baru ni ustaz bercerita. Tentang kisah sahabat bernama Bilal (orang Habshi). Orang pertama yang melaungkan azan memanggil umat Islam bersolat. Orangnya berkulit hitam legam sebagaimana orang Habsyah yang lain. Suaranya juga tidak merdu. Namun dialah yang terpilih untuk melaungkan azan. Waktu itu, ada seorang lagi yang berminat untuk melaungkan azan. Suaranya merdu. Banyak kali dia meluahkan hasratnya kepada Rasulullah s.a.w. Namun tidak kesampaian. Akhirnya Rasulullah s.a.w. memberi keizinan bila melihat kesungguhannya.

Kali pertama dia melaungkan azan subuh, semua orang keluar dan tertanya-tanya siapakah orang yang mempunyai suara begitu merdu. Azan yang dilaungkan begitu mengasyikkan.

Selepas solat, Rasulullah s.a.w. berwajah muram. Tetiba baginda menangis. Para sahabat heran. Selepas ditanya, Rasulullah s.a.w. menyatakan kesedihannya kerana pertama kali tiada malaikat berjemaah bersama! Baginda menangis kerana malaikat Jibrail telah bertanya, " Ya Rasulullah....dah masuk subuh ka?"

Rupanya para malaikat tidak mendengar laungan azan yang sebegitu merdu! Sehingga terlepas peluang berjemaah bersama kekasih Allah.



p/s: Hitam kulitnya tapi putih hatinya! Hmm...Bagaimana pula amalan kita, bisakah tembusi langit tujuh?

Wednesday, December 29, 2010

PEMINAT KUCING


Petang tadi Erisya terkejut. Ada kucing baru dalam kereta. Rupanya suami telah membawa pulang kucing yang tidak bertuan. Menurut suami, pertama kali terpandang kucingnya tetiba hatinya terdetik bahawa kucing itu miliknya. Aneh! Bagaikan cinta pandang pertama ! Hmmm...pertama kali bertemu Erisya pun tak rasa camtuh! Jeles? Eh taklah...takkkkkanlah nak jeles ngan kucing kehkehkeh




Sebetulnya  Erisya dah  rimas....banyak kucing kat rumah ...dah ada 4 ekor...salah satu sedang bunting! Namun oleh kerana anak dan ayahnya peminat kucing terpaksalah beralah..tambahan pula mereka telah memenuhi syarat yang diberikan iaitu mandikan kucing selalu dan beri toilet training.


Sebelum ini, walau tidak bertuan, kucing baru kami iaitu O-Yen diberi makan oleh kenalan suami. Dengan keizinannya, kini O-yen jadi milik kami. Dia sempat bercerita, semasa hayat,  aruah ibunya juga seorang peminat kucing.Suka kutip kucing di tepi jalan dan memberi mereka makan. Di hari pengkebumian aruah ibunya, tetiba ada lebih 50 ekor kucing datang. Tak tahu dari mana.Semua mengiau sayu. Kejadian aneh itu membuatkan  Pak Imam bertanya, aruah suka kucing ka? Ayahnya menjawab ya. Malah bangkai kucing aruah kutip dan tanam jika terjumpa. Menurut Pak Imam, kucing2 di kuburan tersebut adalah kucing2 yang pernah aruah beri makan. Mereka turut sedih di atas pemergian aruah dan ingin ucapkan selamat jalan.


Hmmm...begitu sekali Allah tunjuk tentang orang yang rajin bersedekah hatta kepada kucing sekalipun. Amat menyayangi haiwan kesayangan rasulullah saw. Tak kira comel atau tidak...hidup atau mati...aruah melayannya dengan baik. Sesungguhnya ikhlas tidak boleh dibuktikan dengan kata2...hanya Allah yang boleh menilai keikhlasan seseorang...dan Allah tunjukkan kepada kita sebagai contoh teladan.

p/s: Ternyata, haiwan juga pandai berterima kasih dan kenal dengan orang yang berbudi padanya!

Monday, December 27, 2010

WELCOME TO THE FAMILY

Tepat jam 9.20 malam pada 18 hb Disember 2010 adik bongsu Erisya mendapat gelaran ayah...bagaikan mimpi... Si bocah cilik yang Erisya asuh dulu kini telah mempunyai anak perempuan. Kegembiraan menerima anak sedara baru membuatkan Erisya terlupa ulangtahun perkahwinan ...juga telah mengubat kedukaan kehilangan Aqil pada bulan yang sama. Semalam Erisya dah belikan 3 buah buku untuk Batrisya...malangnya tak sempat nak baca bersama sebab si baby asyik tidur jer....Tiap kali ke rumah neneknya Erisya hanya boleh menatap wajahnya yang lena dibuai mimpi....pantang dia membuka mata ....pasti Ersiya angkat agar selesa di ribaan mak cho nya! Seperti anak Erisya dulu, Batrisya juga tidak diajar tidur dalam buaian...tergolek jer atas tilam. Bukan kedekut nak beli buai tapi dulu Erisya banyak outstation...tak ke haru jika anak nak berbuaian di dalam hotel!



Foto-foto ini diambil ketika Batrisya baru 13jam menatap dunia.Meskipun anak sulung namun adik ipar mudah melahirkan. Masuk labour room kul 9 malam, kul 9.20 malam dah kuar baby! 20 minit jer! Memang mudah...berkat menjadi kesayangan ibu dan ibu mertua!


Tampak selesa bersalin di hospital swasta...cuma Erisya terkilan bila Batrisya tidak minum susu ibu...misi hanya beri susu botol! Oleh kerana Erisya tak pernah bersalin di hospital swasta...keadaan ini amat menghairankan....bukankah kolustrum penting untuk bayi? kenapa ibu tidak digalakkan menyusu sendiri? Selepas dipinta oleh adik barulah misi mengajar cara menyusukan anak. Keadaan amat berbeza di hospital kerajaan. Perkara pertama yang diajar misi adalah menyusukan bayi...memanglah penat sebab tak dapat berehat macam ibu-ibu di hospital swasta namun hati terasa puas melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan sedang menyusu dalam dakapan. Ya tiap perkara ada pros n cons....mungkin ramai ibu2 yang lebih suka hospital swasta ..boleh berehat sepuas hati selepas bertungkus-lumus memerah tenaga untuk lahirkan anak ke dunia.



p/s: Selamat datang Nur Suri Batrisya..semoga akan menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah!

Monday, December 6, 2010

DESTINY DAN KISAH CINTA

Baru abis menonton citer Millenge (kupasti bertemu). Kisah cinta yang romantik. Lakonan Kareena Kapoor dan Shahid Kapoor. Kisah tentang takdir. Tentang keyakinan. Tentang seorang wanita yang hampir kehilangan jodohnya yang sebenar. Tentang keyakinan di hati membuatkan cinta yang hilang ditemui. Sepertimana watak Kareena Kapoor, Erisya juga amat yakin dengan takdir dan jodoh walau dalam perspektif  yang berbeza.

Erisya benar2 yakin seandainya kita menolak jodoh yang ditentukan sejak azali lagi, kita akan hidup sendiri menghabiskan sisa2 hidup. Beberapa teman yang masih membujang akui bahawa hati mereka masih berpaut kepada cinta yang tak kesampaian. Masih terikat dengan kenangan lama. Sehingga tertutup hati untuk memberi peluang kepada orang baru...yang mungkin saja adalah jodohnya yang sebenar. Erisya amat berharap agar suatu hari nanti mereka akan menerima suratan takdir yang telah menentukan jodoh mereka. Erisya yakin seyakin2nya bila kita boleh terima hakikat bahawa Allah lebih mengetahui segalanya maka kita tidak akan ragu terima seseorang yang telah ditakdirkan untuk kita seadanya. Benar2 terima sidia kerana Allah. Cinta pada Nya akan membuka hati kita menerima pasangan kita seadanya...walau mungkin sukar untuk jatuh cinta namun ...sekurang2nya sayangilah sebagai ibu/ayah kepada anak2 kita. Yang telah berkorban untuk melihat kita bahagia. Lagipun cinta bukan ukuran kebahagiaan rumah tangga...ramai pasangan yang berkahwin kerana saling cinta akhirnya berpisah dengan alasan tiada persefahaman lagi. Tiada keserasian lagi. ..dan pelbagai alasan lagi. Bermakna, cinta bukanlah keperluan utama dalam rumah tangga...justeru tidak perlu menunggu2 cinta yang kian menjauh. Nikahi saja orang yang menyinta meskipun dia bukan orang yang kita cinta.

Namun, ada juga orang yang bertuah kerana memiliki cinta sejati. Cinta sejati yang telah disaring oleh kesusahan, halangan dan pengorbanan. Seperti pasangan dari negara China ini. Liu Guojiang, teruna 19 tahun yang telah jatuh cinta dengan Xu Chaoqin yang lebih tua 10 tahun daripadanya. Sebagaimana  negara kita di zaman itu,  percintaan teruna dengan janda yang lebih tua adalah sesuatu yang tidak bermoral..memalukan keluarga. Zaman di mana wanita hanyalah berfungsi untuk melahirkan keturunan  untuk menyambung nama keluarga. Akhirnya demi cinta pasangan itu nekad melarikan diri dan tinggal di dalam gua di sebuah gunung di Desa Jiangjin....Hidup jauh dari kampung...pastinya sukar. Tanpa elektrik dan hanya bertemankan lampu minyak tanah.

Xu berasa sedih dengan kesusahan yang dilalui oleh suaminya dan sering bertanya adalah Liu menyesal memilih kehidupan sebegitu bersamanya. "Selagi kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik" jawab Liu tanpa kesal. Selepas dua tahun, Liu mula memahat lereng gunung menjadi anak tangga bagi memudahkan isterinya turun ke bawah. Suatu tugas yang amat sukar dilakukan demi isteri tercinta.

Suatu hari, Liu jatuh pengsan ketika pulang dari ladang. Liu memeluk suaminya sambil berdoa. Akhirnya di usia 72 tahun, Liu menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan isterinya. Tangannya yang menggenggam erat tangan isterinya sukar dilepaskan. Seakan enggan meninggalkan isterinya sendiri.Kini tinggallah Xu keseorangan meratapi suami yang telah memungkiri janji untuk menjaganya hingga dia bercerai nyawa. Tanpa diduga, suami yang lebih muda yang pergi dahulu.

Kini  6000 anak tangga tersebut tetap dipelihara dengan baik sebagai lambang cinta sejati oleh kerajaan China.



Zaman ini, berapa kerat pasangan kekasih yang sanggup bersusah payah demi bersama orang yang dicintai?  Ish!  Erisya sendiri tidak sanggup membuang segala yang ada  untuk bersama kekasih hati!

p/s: When I met U, I was lost. When I found U, I found myself.

Wednesday, December 1, 2010

RASA YANG ANEH

"Tension btl msk keje ni...rs nak bhenti keja je"


Tetiba saja mesej ni masuk dalam inbox. Namun Erisya tidak membalasnya kerana yakin ia hanyalah SMS sesat yang sebetulnya ditujukan kepada orang lain. Ini bukan kali pertama menerima SMS sebegini dari orang yang sama. Sebetulnya banyak yang ingin Erisya tanya. Namun menyedari bahawa kami tidak serapat ini untuk berkongsi rasa...Erisya pendamkan sahaja.
 
Dulu Erisya juga pernah rasa begini. Kali terakhir adalah minggu lepas! Mula-mulanya kerja sini, Erisya rasa ok ...namun lama-kelamaan rasa tak selesa. Asyik terlupa itu ini. Sehingga Erisya rasa kepala ini tak boleh nak berfikir...mudah rasa marah kalau terpaksa memikirkan sesuatu! Setiap malam ahad rasa tension kerana terpaksa bekerja pada hari isnin! Betul2 stress bila teringatkan 'orang tuh'.Selalu terjaga tengah malam dan rasa stress bila terbayangkan 'orang tuh'. Yang peliknya bila solat malam dan sebut 'nama orang tuh' ketika berdoa tetiba saja bulu roma meremang. Dan bertambah aneh, bila bersua dengannya hilang rasa marah dsbnya tapi rasa kesian yang teramat2. Bila bertanya pada rakan2 lain, mereka juga rasa perkara yang sama. Marah macammanapun bila disentuh tangan, terus cair lutut....hilang rasa marah kami yang terpendam selama ini.
 
Dua minggu lepas Ersiya rasa pelik. Sukar nak habiskan bacaan ayat Qursi sebelum tidur. Di pertengahan ayat, rasa seolah diri melayang ke alam lain. Ish! jenuh juga nak habiskan ayat sependek itu! Suatu malam Erisya mimpikan 'orang tuh' lagi...tapi kali ini mimpi yang amat pelik. Esok paginya Erisya rasa tak keruan...dan tak boleh fokus pada kerja. Menurut rakan2 sekerja, seolah Erisya berada di dunia sendiri...hanya tubuh sahaja berada di sini. Sebenarnya masa tuh Erisya sakit kepala dan belakang tengkuk. Tengahari tuh juga rakan2 sekerja sepakat nak belanja makan. Menurut mereka, nak ceriakan Erisya agar normal kembali. Pendek cerita, selepas makan, akhirnya Erisya terpaksa mengalah...  ke klinik berdekatan kerana tak tertahan sakit.
 
Selama dua hari Erisya sakit kepala ...makan ubat tahan sakit juga tak sembuh. Yang anehnya, bila bangun pagi pada hari kedua ada kesan cakar di lengan. Cakaran halus seolah dicakar oleh anak kucing; tapi tak sakit atau berdarah. Malah mandipun tak terasa pedih. Malam tuh, Erisya mimpi pelik lagi dan terjaga di tengah malam. Alang-kepalang dah terbangun, Erisya terus solat malam. Semasa mengangkat takbir untuk solat witir...tetiba Erisya jadi blank. Tak tahu nak baca niat solat apa? Termangu2 sendirian. Bila teringat semula nak baca niat witir...sekali lagi Erisya blank...berapa rokaat ya? adussss...akhirnya Erisya berjaya juga melaksanakannya dalam keadaan blur.
 
Esok pagi, ketika bangun, seperti biasa Erisya baca ayat Qursi. Lepas ayat pertama, Erisya blank...tak tahu nak sambung ayat seterusnya! kelam-kabut gak masa tuh...selepas taawudz barulah Erisya boleh ingat semula! Fuh! tak pernah jadi camni.
 
Alhamdulillah, lepas berubat, kini takde lagi rasa nak berhenti kerja dsbnya. Semangat tambah kuat. Tapi sekali-sekala, berlaku juga bab lupa ni. Semalam lepas makan nasi di kantin, tetiba ajer Erisya angkat pinggan nak bawa ke dapur! " Tak per kak...nanti kami angkat pinggan tuh!" kata adik2 waitress di situ sambil ketawa!