Saturday, December 27, 2008

MAAF ANAK

Erisya tertarik dengan komen tuan Jinggo dalam entry terdahulu, " hidup harmonis bersama iman". Iya memang indah hidup bersama iman. Namun ianya adalah pencapaian yang amat sukar...terpaksa harungi pelbagai ujian. Harus berlapang dada dan memandang jauh ke hadapan...menyakini bahawa matlamat kita adalah kebahagiaan di akhirat. Dulu, erisya merasakan diri malang. Harus berjuang untuk hidup. Harus mampan dengan keperitan. Namun, Allah telah mengurniakan karier yang membuka mata erisya terhadap keperitan yang lebih dahsyat...menyoroti kisah2 yang tidak pernah terpapar di dada akhbar (seperti kata uncle Mountdweller dulu...ianya bukan suatu kebetulan!).

Pihak media sering mengisahkan anak derhaka..tergamak meninggalkan ibu bapa di rumah orang2 tua....malah menghakimi perbuatan mereka. Namun jarangkali menyiarkan kederhakaan ibu bapa. Pengalaman buat erisya tidak menghakimi sesiapa...tiap orang punya kisahnya sendiri. Ada yang membenci ibu bapa kerana mereka tidak menyayangi mereka sedangkan merekalah yang melahirkan. Ada yang benci suami yang mengabaikan tanggungjawab sedangkan mereka telah akad sanggup memikul amanah Allah sebagai suami...dan macam2 lagi senario masyarakat.

Pasti ramai yang mencebik, mana ada ibu bapa yang tak sayang anak? Suami mana tak sayangkan isteri? Isteri mana tak kasihkan suami? Hakikatnya ianya wujud di masyarakat kita. Ibu yang sanggup melacurkan dua anak perempuannya yang masih sunti ( ibu KANDUNG)....si bapa telah tinggalkan mereka. Ibu yang sanggup melihat seorang bapa menghamili dua orang anak gadisnya ketika dia sendiri sedang sarat mengandung! (setahu erisya kes ini tidak menjadi kes polis; bila ditanya, si ibu dan si nenek takut mati kelaparan jika si bapa dipenjarakan!...sekali lagi..., iman!). Bapa yang merasakan dia berhak menjamah tubuh anak gadisnya kerana telah memeliharanya sejak kecil...(siap beritahu hakim, dia hanya kacau anak sendiri...bukan anak orang!). Ibu bapa yang sanggup membantu anak lelaki yang telah memperkosa adik perempuan semata2 ingin menutup malu mereka selaku imam dan guru mengaji di kampung. Hmmm....Itu baru secebis kisah benar yang berlaku. Banyak lagi kisah yang tidak pernah dipaparkan di khalayak.

Bolehkah si anak maafkan ibu bapa sedemikian? Erisya yakin, hanya iman yang kental sahaja yang mampu...tu pun selepas berlakunya pertarungan jiwa yang hebat. Hati dan akal berlawan. Dosa dan pahala bertarung. Seperti kes pertama di atas, si kakak terpaksa akur dengan nasib. Untung diri yang dilahirkan oleh ibu sebegini. Namun segalanya berubah bila si ibu memaksa adik kesayangannnya pula melacur diri kerana si kakak uzur! ish! Memang memualkan semasa dengar apa yang berlaku di kamar. (Tak sanggup nak tulis di sini..sekadar tulis apa yang ada di dada akhbar! )Demi kasih seorang kakak, dia berusaha untuk melepaskan diri dari flat murah yang terkunci rapat dari luar. Hasil usaha yang tidak mengenal penat akhirnya seseorang telah membawa kes ini ke pihak berkuasa...(jangan lupa, kini ada ahli masyarakat kita yang tidak memperdulikan lagi masalah sekeliling kerana tidak mahu masuk campur...hatta orang telah berani meragut rantai emas dalam bas...dan dengan selamba pencuri menekan loceng untuk turun!).

Itu baru satu contoh jer. Banyak lagi kisah seumpamanya yang tersorok dari umum. Bagi yang bekerja sebagai guru, doktor, pegawai kebajikan dsbnya pasti ada banyak lagi kisah yang tersembunyi.

Bagi erisya, tiap kali membenci seseorang yang seharusnya dekat di hati....erisya pertingkatkan kecintaan pada Allah....buat segala yang perlu...biasanya erisya perbanyakkan solat sunat (syukur suami mengizinkan) tengah malam...minta sepenuh hati agar Allah melembutkan kalbu untuk menerima insan tersebut seadanya. Memaafkan kesalahannya ...jika dibanding dengan kes2 di atas kesalahannya tidaklah seberapa! Memberi kekuatan jiwa untuk mendengar segala caci-maki yang sengaja nak memalukan kami di khalayak....memfitnah kami kat sedara-mara.....dan ntah apa2 lagi. Harapan erisya, moga sampailah hidayah Allah padanya (satu2nya doa yang masih belum terkabul hingga kini)....takut-takut, tak tertanggung tuntutan di akhirat kelak di saat lidah tidak dapat lagi berkata2!

10 comments:

  1. hmm..best artikel nii..di daerah saya sendiri macam-macm hal tersembunyi yang berlaku..satu yang saya boleh simpulkan ini la petanda kiamat seperti mana yang diwahyukan oleh Allah.

    Satu hal lagi,patutlah erisya tidak minat dengan politik sebab jiwa erisya terlalu 'lembut' untuk semua itu..hehe

    ReplyDelete
  2. Dunia semakin tua..iman semakin terhakis dari hati manusia..Bila iman semakin menipis, macam-macam perkara pelik boleh berlaku..semuanya berlandaskan nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.

    ReplyDelete
  3. Masyallah : saya bahagian tertentu saya tak sangguh baca....memang itulah realiti masyarakat kita.ini pengalaman saya.

    semasa di PLKN saya memang sering dirujuk dlm beberapa hal dikaitkan dengan pembinaan karektor remaja.setiap sessi pelatih dikelas mengikut 'standard' masing..biasanya bulan julai - sept..ini semua yang sama dengan cerita puan diatas.....

    dan saya hadapi hari2.setakad handle kes remaja berzina sudah lali pada saya...( bagi balik bercuti dia pergi tidur rumah jantan )...cukup menakutkan.amat menakutkan.....

    pada saya puan : saya percaya kepada saya ungkap : kemiskinan itu mendekatkan kita kepada kekufuran.......maaf kalau silap.sebab itulah rata2nya berdasarkan pengalaman saya.

    Saya berhadapan dengan banyak sistem hidup ala koboi..ratanya datang dari sistem ekonomi yg teruk ( maaf ) bukan semua.Agama jauh ketepi...tgk muka NUR langsung tak ada....

    seterusnya : untuk memaafkan parent yg begitu...rasanya kena ada kekuatan lain...terima kasih kerana N3 yg menarik.

    ReplyDelete
  4. Ajeem, betul tuh...rata2 kisah begitu hanya berlaku di kawasan yang jauh dari hiburan kota seperti kaw felda, estet dsbnya. tapi kes 1 tu berlaku di bandar besar.Iya, erisya tak minat politik..benci dengan ketidakjujuran. Maaf sebab tulah juga erisya tak suka bidang guaman...

    Tirana, betul...bumi semakin tua...kiamat semakin dekat. Kelak, tiada lagi orang beriman ...hinggakan iman sebesar sawi pun boleh masuk syurga!

    tuan J,

    betul..sebagai guru pastinya tuan lebih banyak pengalaman begitu.Cabaran yang hebat kerana murid sekarang tidak seperti murid zaman dulu. Sekitaran banyak yang negatif. Ibu bapa tidak mainkan peranan...mungkin tuntutan hidup mereka terpaksa mencari rezeki siang malam hingga terlupa tanggungjawab mereka bukan sekadar membesarkan anak sahaja...

    ReplyDelete
  5. Salam Erisya;

    sebenar lingkuran kehidupan
    tidak terarah pada anak yg melakukan kesilapan,
    malah ibu bapa juga sebagai insan,
    perlu tahu dan sedar akan kesalahan dan kelemahan,
    bukan anak semata-mata akur akan keterlanjuran.

    Di sebalik itulah sebenarnya tersembunyi keharmonian kehidupan
    membina dan membentuk kekeluargaan. Allahualam...

    ReplyDelete
  6. ASBI dan MM, iya...semoga segala kepincangan yang ada dijadikan iktibar bagi kita semua...tak tahu, Allah menguji keluarga kita dalam wajah apa pula...

    ReplyDelete
  7. dunia dah sampai ke penghujungnya.. ibu bapa yang diharapkan menjadi pelindung, rupanya yang merosakkan.. bila jadi macam ni, ke mana anak2 nak mengadu.. terkadang, jadi pulak kes, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya..

    ReplyDelete
  8. tu lah erisya kesal tuh Nurdaniella...mereka tak tahu betapa peritnya kehilangan anak !

    ReplyDelete
  9. aslm..kwn2 sume,,slmt menyambut 1430 hijrah dgn penuh bermakna...jika mahu melihat keindahan alam smulajadi dn bercuti bgtau sya.sy bisa aturkan.alhamdlh.

    ReplyDelete
  10. huh..
    seakan aku ingin berlari pulang..
    meyatakan betapa aku kasihkan ibu dan ayah dan sesaat ini jugak aku tersedar mereka telah tiada..

    maafkan aku ayah bonda..

    27/03/2009

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah